Jumlah Paparan Halaman

Tajuk pilihan

Jumaat, 27 Januari 2012

Takut Pegang Ayam?

Assalamualaikum!Hai!
Sorry sudah lama tak update maklumlah seronok dapat balik kampung haha.Saya duduk kampung selama seminggu jadi saya akan ceritakan kenapa saya takut nak pegang ayam!Dahulu sewaktu saya berumur 8 tahun(kalau tak silap) ada seekor ayam buta mata sebelah ini memang ganas gilalah waktu itu saya hendak memberi makan kucing lepas itu ayam itu mulalah nak buat onar dengan kucing itu jadi saya halaulah ayam itu dengan tak ada angin tak ada ribut ayam itu PATUK saya!!!!habis lengan saya berdarah(sampai sekarang ada parutnya tau)Nasib baik Kak Cik nampak,habis ayam itu lari ketakutan sebab Kak Cik dah nak bantai ayam itu.Hahaha....kalau ingatkan kisah itu mesti ketawa seorang-seorang macam orang gila.Lagi pun ayam itu dah mati dah sekarang.Rasa rindu pula.Sebenarnya saya boleh pegang ayam cuma ambil masalah sedikit maklumlah lepas kejadian itu saya takut nak pegang ayam!Tapi kalau suruh kejar ayam nombor satu!Hahaha(aik pegang ayam takut tapi kejar boleh pula).Banyak pula saya bercoleteh kali ini.Sebenarnya saya memang suka duduk kampung sebab kalau saya duduk kampung perangai saya mengila-gila!Yalah mana taknya dekat kampung boleh panjat pokok,jerit kuat-kuat,main permainan tradisional sampai tak ingat dunia(opss!) dan lain-lain lagi.Dekat bandar boleh ke buat semua itu?Tak boleh bukan?Oklah cukup coretan saya kali ini semoga anda sihat selalu dah bahagia disamping keluarga!Sekian Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan