Jumlah Paparan Halaman

Tajuk pilihan

Jumaat, 26 Jun 2015

Mengenai Pusat Asasi Sains Universti Malaya (PASUM 14/15) Bahagian Satu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Seperti yang dijanjikan seperti post sebelum ini, saya akan cerita mengenai kehidupan saya sebagai pelajar Asasi Sains Universiti Malaya. Sebelum saya cerita mengenai PASUM, mestilah kena ada pengenalan dulukan?




Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) ditubuhkan pada tahun 1977 di mana program yang ditawarkan selaras dengan program matrikulasi di Malaysia dan A-Level. Program ini merupakan program persediaan untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda terutamanya bidang-bidang sains. Pelajaran akan diajar dengan ilmu asas sains yang akan diguna pakai untuk melanjutkan pelajaran nanti. Pada asalnya, program Asasi ini 2 tahun. Kemudian program ini dipendekkan untuk menjadi program satu tahun. Kira asasi ini macam jalan singkat untuk ke Ijazah Sarjana Mudalah. 

Begitulah sedikit pengenalan PASUM ini. Ok mari kita masuk kepada bidang-bidang yang akan ditawarkan sekiranya anda ingin masuk PASUM. Sebelum itu, semua cerita fasal PASUM berlaku pada batch saya sahaja iaitu batch 2014/2015. Pada zaman anda, sistem mungkin lain sedikit ya.

Bidang- bidang yang ditawarkan ada enam. 4 akan diajar di kampus utama UM di Petaling Jaya/ Kuala Lumpur. Manakala 2 lagi akan diajar di Nilam Puri, Kelantan Antara bidang yang akan diajar di Kampus utama ialah
1. Asasi Sains Hayat
2. Asasi Sains Fizikal
3. Asasi Alam Bina (Batch kami adalah batch terakhir kursus ini ditawarkan)
4. Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (Diuruskan JPA) / Program Kejuteraan
5. Asasi Pengajian Islam
6. Asasi Pengajian Islam dan Sains (Tahun Pertama di Nilam Puri dan Tahun Kedua di Kampus Utama UM)

Untuk memohon Asasi UM, adik-adik perlulah mohon melalui UPU. Tetapi hanya untuk Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam dan Sains sahaja boleh dipohon melalui UPU. Manakala Rancangan Persediaan Khas (Jepun) perlu dipohon melalui laman web JPA.

Sekarang mari kita lihat syarat-syarat kelayakan untuk Memohon program Asasi di UM:

Bagi program Asasi Sains Hayat, syarat-syaratnya ialah:
-Bumiputera
-Warganegara Malaysia
-Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
-Sekurang-kurangnya mendapat A- dalam subjek Biologi
-Sekurang-kurangnya mendapat B bagi subjek 
        -Matematik
        -Matematik Tambahan
        -Fizik
        -Kimia
        -Bahasa Inggeris

Bagi program Asasi Sains Hayat, syarat-syaratnya ialah:
-Bumiputera
-Warganegara Malaysia
-Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
-Sekurang-kurangnya mendapat A- dalam subjek Matematik
-Sekurang-kurangnya mendapat B bagi subjek
       -Matematik Tambahan
       -Fizik
       -Kimia
       -Bahasa Inggeris

Bagi program Asasi Pengajian Islam, syarat-syaratnya ialah:
-Aliran Sains:
  -Warganegara Malaysia
  -Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
  -Sekurang-kurangnya mendapat B dalam Bahasa Arab
  -Sekurang-kurangnya mendapat gred B dalam salah satu subjek di bawah
      -Pendidikan Islam
      -Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
      -Pendidikan Syariah Islamiah
      -Tasawwur Islam
 -Sekurang-kurangnya mendapat gred B dalam mana-mana 3 subjek di bawah:
      -Fizik
      -Kimia
      -Biologi
      -Matematik Tambahan
      -Sains Pertanian
      -Information and Communication Technology
      -Geografi
      -Matematik
 -Mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Bahasa Inggeris

-Aliran Sastera
  -Warganegara Malaysia
  -Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
  -Sekurang-kurangnya mendapat B dalam Bahasa Arab
  -Sekurang-kurangnya mendapat gred B dalam salah satu subjek di bawah
      -Pendidikan Islam
      -Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
      -Pendidikan Syariah Islamiah
      -Tasawwur Islam
 -Sekurang-kurangnya mendapat gred B dalam mana-mana 3 subjek di bawah:
      -Sains / Sains Tambahan
      -Kesusasteraan Melayu
      -Geografi
      -Matematik
      -Sains Pertanian
      -Perdagangan
      -Ekonomi Asas
      -Prinsip Perakaunan
      -Information dan Communication Technology
 -Mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Bahasa Inggeris

Bagi program Asasi Pengajian Islam dan Sains, syarat-syaratnya ialah:
-Warganegara Malaysia
- Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
-Sekurang-kurangnya mendapat gred B dalam subjek Bahasa Arab
-Sekurang-kurangnya mendapat gred B dalam mana-mana satu subjek di bawah:
   -Pendidikan Islam
   -Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
   -Pendidikan Syariah Islamiah
   -Tasawwur Islam
-Sekurang-kurangnya mendapat gred B dalam subjek Matematik Tambahan / Matematik
-Sekurang-kurangnya mendapat gred B dalam mana-mana 2 subjek di bawah:
   -Fizik
   -Kimia
   -Biologi
   -Matematik / Matematik Tambahan
   -Sains Pertanian
   -Information and Communication Technology
   -Geografi
Sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam subjek Bahasa Inggeris

Bagi Program Rancangan Persediaan Khas ke Jepun, syarat-syaratnya ialah:
-Bumiputera
-Lulus SPM
-Sekurang-kurangnya mendapat gred A- dalam mana-mana 7 subjek di bawah:
   -Bahasa Melayu
   -Sejarah
   -Pendidikan Islam/Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Moral
   -Fizik
   -Kimia
   -Biologi
   -Matematik Tambahan
-Sekurang-kurangnya mendapat gred A- dalam mana-mana 2 subjek selain subjek yang dinyatakan di atas
-Calon yang mempunyai asas dalam Bahasa Jepun digalakkan memohon

Itulah syarat-syarat asas untuk memohon asasi UM. Semua maklumat ini saya ambil daripada risalah Program Pengajian Asasi Universiti Malaya yang dikeluarkan oleh pihak Universiti Malaya. Oh ya, sebelum saya terlupa, mulai batch 15/16, tiada temu duga untuk kemasukan ke PASUM. Wah, beruntungnya adik-adik!

Oklah cukuplah untuk bahagian satu post mengenai PASUM. Untuk bahagian 2 pula saya akan tulis mengenai subjek-subjek yang akan anda belajar di PASUM dan saya akan sentuh sedikit mengenai elaun yang akan diberi oleh pihak KPM. Sekian, Wassalam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan